Politeknik METrO Kuantan (PMKU) memulakan operasi pada tanggal 1 April 2011 di kampusnya yang terletak di tengah-tengah pusat komersial Bandar Kuantan. Institusi ini merupakan salah satu pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian dalam bidang perkhidmatan, sesuai dengan keperluan serta permintaan pihak industri masa kini.
PMKu ialah Politeknik METrO yang ke dua (2) ditubuhkan seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik.
Semua Politeknik METrO hanya menawarkan dua program pengajian sepenuh masa. PMKU menawarkan 2 programpengajian iaitu Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Di samping itu, PMKU juga bakal menawarkan kursus-kursus terlanggan dan kursus pendek di bawah Program Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) berdasarkan keperluan masyarakat setempat.